PERANCANGAN UNTUK PERLINDUNGAN KEMALANGAN
Mengikut statistik yang disiarkan di Utusan Malaysia 8 Jun 2004, orang Melayu merupakan golongan yang paling ramai terbunuh dalam nahas jalan raya dari Januari hingga April 2004, dengan jumlah 1,207 orang daripada 1,860 kematian. Dari segi umur pula, golongan muda berumur 16 tahun - 25 tahun merupakan golongan yang paling ramai terbunuh dalam nahas jalan raya dalam tempoh yang sama, dengan jumlah seramai 605 orang dari 1,860 kematian.
Jumlah kemalangan jalan raya bagi seluruh Malaysia pada tahun ini sehingga April adalah sebanyak 104,187 kes. Ini bermakna lebih 25,000 orang terlibat dengan kemalangan jalan raya setiap bulan. Tidak hairanlah apabila Malaysia diumumkan sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya tertinggi di dunia.
- APA PERSEDIAAN ANDA APABILA ANDA DITIMPA KEMALANGAN?
Saya pasti anda tentunya sedia-maklum apa akan berlaku apabila anda ditimpa kemalangan. Apabila anda mendapat kecederaan akibat kemalangan, bukan sahaja anda memerlukan rawatan perubatan, baik di klinik mahupun di hospital, malahan anda juga mungkin akan kehilangan pendapatan untuk tempoh tertentu. Lebih teruk lagi, jika kemalangan yang berlaku itu menyebabkan kematian atau lumpuh keseluruhan, keluarga anda mungkin akan kehilangan sumber pendapatan dari anda.
Ramai orang tidak menyedari betapa besarnya impak yang boleh menimpa ke atas kewangan mereka apabila kemalangan berlaku, tidak kira ia satu kemalangan jalan raya mahupun apa jua jenis kemalangan. Apabila ditanya mengenai persediaan seseorang dalam menghadapi risiko kemalangan jalan raya, ramai orang mengatakan "Cukuplah sekadar mempunyai insurans kereta atau motor sahaja" kerana mereka terlalu berkira dalam isu duit hingga mereka terlupa untuk melindungi kewangan mereka sendiri. Harta benda seperti kenderaan yang lebih diutamakan dari kebajikan diri dan keluarga sendiri.
Petikan akhbar mengenai kemalangan bas ekpress di Kelantan hujung tahun 2003, mungkin masih tidak cukup untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya mempunyai perlindungan kemalangan kerana mereka tidak pernah terfikir akan kesan negatif yang boleh menimpa kehidupan keluarga, apabila orang yang tersayang itu meninggal dunia atau lumpuh keseluruhan akibat kemalangan.
- MEMBUAT PERANCANGAN UNTUK PERLINDUNGAN KEMALANGAN
Untuk melindungi keperluan kewangan anda apabila kemalangan menimpa, anda perlu mempunyai matlamat yang jelas, iaitu, menentukan jenis perlindungan yang bagaimana anda perlukan. Biasanya, perlindungan insurans kemalangan yang diberi meliputi pelbagai jenis kemalangan lain seperti :-
- ü Aktiviti bermotor (Motorcycling)
- ü Hilang / Disappearance
- ü Semua sukan amatur (kecuali seni mempertahan diri dan tinju)
- ü Sukan air termasuk perahu layar dan luncur air (yachting and water skiing)
- ü Scuba diving (sehingga kedalaman 50 meter)
- ü Memburu
- ü Memanjat gunung (Mountain climbing)
- ü Bermain polo
- ü Terjun Bungee (Bungee jumping)
- ü Bencana Alam Semulajadi (Natural Disaster including La Nina, El Nino, flood & earthquake
- ü Gigitan serangga, patukan ular atau gigitan haiwan
- ü Demonstrasi, Tunjuk Perasaan atau Rusuhan
- ü Pembunuhan atau Diserang (tanpa provokasi)
- ü Lemas
- ü Sesak nafas akibat terhidu asap atau gas beracun
- ü Keracunan makanan dan minuman
No comments:
Post a Comment